Monday, 9 June 2008

Short Courses on Publishing

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk bulan Ogos 2008, Medium Books & Consultancy akan menganjurkan kursus/seminar yang berikut:
1. KURSUS MEMAHAMI PENERBITAN (10-14 Ogos 2008)
2. SEMINAR KESALAHAN BAHASA (19-20 Ogos 2008)
3. KURSUS MEMAHAMI PENYUNTINGAN (25-28 Ogos 2008)

Pendaftaran dibuka sekarang dan layarilah http://www.mediumbooks.net/ untuk makluman lanjut.

___________________________________________________________________________
KURSUS MEMAHAMI PENERBITAN
10—14 OGOS 2008, HOTEL PUTRA, KL

OBJEKTIF KURSUS
· Memberikan bimbingan akan segala proses dalam dunia penerbitan yang meliputi proses editorial, pengeluaran, percetakan, dan pemasaran.
· Menambahkan pengalaman peserta menerusi program lawatan dan berkongsi pengalaman dengan para pengamal penerbitan yang terpilih, seperti pengarang, editor, penerbit, pencetak, pereka bentuk, dan penjual.
· Melatih para peserta dalam membuat perancangan penerbitan yang sistematik dan profesional.

KANDUNGAN P R O G R A M
HARI SATU (10 Ogos)
ü Buku sebagai medium
ü Bahagian-bahagian buku
ü Siapa yang terlibat dalam penerbitan?
ü Proses penerbitan

HARI DUA (11 Ogos)
ü Tugas editorial dalam penerbitan
ü Sesi bersama pengarang
ü Sesi bersama editor
ü Sesi bersama penerbit
ü Sesi dengan pereka bentuk
ü Proses perolehan manuskrip

HARI TIGA (12 Ogos)
ü Memahami perekaan buku
ü Amali perekaan buku
ü Percetakan buku
ü Ekonomi penerbitan
ü Memahami penyuntingan naskhah
ü Latihan dalam penyuntingan naskhah
ü Perjanjian dalam penerbitan
ü Etika dan undang-undang penerbitan

HARI EMPAT (13 Ogos)
ü Lawatan ke pencetak
ü Lawatan ke kedai/pengedar buku
ü Lawatan ke penerbit

HARI LIMA (14 Ogos)
ü Kritikan reka buku
ü Teknologi dalam penerbitan
ü Memahami pemasaran buku
ü Pengedaran dan promosi buku
ü Projek kumpulan
ü Penyediaan projek penerbitan
ü Pembentangan projek penerbitan

PENCERAMAH

PROFESOR DR MD SIDIN AHMAD ISHAK—beliau mengajar bidang penerbitan, penulisan, dan penyuntingan di Universiti Malaya lebih 20 tahun. Beliau yang merupakan penulis buku Keterampilan Menulis (DBP 1993) turut aktif mengendalikan bengkel dan latihan yang berkait dengan bidang tersebut.

PROFESOR MADYA DR HAMEDI MOHD ADNAN—mengajar penerbitan, pengurusan penerbitan dan penyuntingan lebih 15 tahun di Universiti Malaya. Pengarang buku Memahami Penerbitan Buku dan Memahami Penyuntingan Naskhah, beliau telah mengendalikan lebih 100 bengkel penulisan, penerbitan, pemasaran, dan penyuntingan.

PROFESOR MADYA DR MUS CHAIRIL SAMANI—beliau yang juga aktif memberikan latihan dalam perekaan penerbitan telah menghasilkan tesis doktor falsafah yang berkait dengan penerbitan buku teks. Beliau juga merupakan pengarang buku Penerbitan Media Cetak dan telah terlibat dalam pelbagai bengkel penerbitan dan pengeluaran.

PUAN ZAINORA MUHAMAD—Pengarah Urusan Cerdik Publications dan juga Setiausaha Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA). Beliau sering melatih staf penerbitan tentang pengurusan dan ekonomi penerbitan. Memiliki ijazah Sarjana Pengajian Penerbitan dan telah terlibat dalam dunia penerbitan lebih 15 tahun.

ANN WAN SENG—penulis bestseller Malaysia yang buku-bukunya meletup di Indonesia.
JAAFAR TAIB—kartunis dan illustrator terkenal yang juga pengasas majalah Gila-Gila.

PESERTA SASARAN
· Pensyarah universiti
· Pegawai penerbitan
· Penolong pegawai penerbitan
· Calon peperiksaan PTK N41 Pegawai Penerbitan
· Pembantu Penerbitan
· Editor
· Staf penerbitan swasta
· Pegawai perhubungan awam
· Orang awam

KADAR BAYARAN

1. RM1,499 seorang peserta tanpa penginapan
2. RM1,999 seorang peserta bilik berkongsi
3. RM2,399 seorang peserta bilik single

---------------------------------------------

SEMINAR KESALAHAN BAHASA
19—20 OGOS 2008, Hotel Putra, Kuala Lumpur
(Anjuran bersama Ikatan Editor Nasional (IEN) dengan Medium Books & Consultancy)

OBJEKTIF SEMINAR
· Untuk memberikan bimbingan tentang pelbagai bentuk kesalahan bahasa yang terdapat dalam penulisan dan penerbitan.
· Untuk membincangkan pelbagai isu dalam kesalahan bahasa seperti retorik, penggunaan ayat, pemilihan kata, ejaan, dan penggunaan umum.
· Untuk membimbing peserta supaya sentiasa peka dengan perkembangan yang berlaku dalam bahasa Melayu.
· Untuk membimbing akan cara-cara meminimumkan kesalahan bahasa dalam penulisan dan penyuntingan

ATUR CARA SEMINAR

19 OGOS 2008
· 0830—1030: Kesalahan Retorik Dalam Penulisan dan Penerbitan (PROFESOR EMERITUS DATUK ABU BAKAR HAMID)
· 1100-1300: Kesalahan Ejaan Dalam Penulisan dan Penerbitan (PROFESOR DR ABDUL HAMID MAHMOOD)
· 1430-1630: Kesalahan Ayat Dalam Penulisan dan Penerbitan (PROFESOR EMERITUS DATUK DR NIK SAFIAH KARIM)

20 OGOS 2008
· 0830—1030: Kesalahan Kata Dalam Penulisan dan Penerbitan (PROFESOR DR HASHIM MUSA)
· 1100-1300: Kesalahan Umum Bahasa Dalam Penulisan dan Penerbitan
· (PROFESOR DR AWANG SARIYAN)
· 1430-1630: Kesalahan Laras Bahasa Dalam Penulisan dan Penerbitan
· (PROFESOR DR AWANG SARIYAN)

BERSAMA LIMA MAHAGURU BAHASA

· PROFESOR EMERITUS DATUK ABU BAKAR HAMID—profesor bahasa, sastera dan penulisan hampir 40 tahun. Mantan Pengerusi Bernama yang kini karyawan tamu di Universiti Malaya ini kini melebarkan sayap ilmunya dalam bidang penerbitan, literasi, dan retorik.

· PROFESOR EMERITUS DATUK DR NIK SAFIAH KARIM—salah seorang pengarang buku Tatabahasa Dewan. Beliau masih memberikan kuliah bahasa di UM dan cukup aktif memperjuangkan kesempurnaan bahasa Melayu menerusi tulisan, kuliah, dan ceramah. Pengarang lebih 15 buku bahasa ini turut aktif dalam organisasi sosial dan budaya.

· PROFESOR DR AWANG SARIYAN—ahli bahasa yang lantang memperjuangkan kedudukan bahasa dalam sistem pendidikan. Beliau telah berkhidmat antaranya di UM, UKM, UIA, UPSI, UPM, dan Universiti Brunei, di samping sebagai Pengarah Jabatan Bahasa di DBP. Kini memegang kursi Pengajian Melayu di Universiti Berjing dan beliau aktif mengendalikan bengkel dan kursus penulisan di samping aktif menulis.

· PROFESOR DR HASHIM MUSA—salah seorang pengarang buku Tatabahasa Dewan dan mantan profesor bahasa UM. Kini berkhidmat dengan UPM, beliau sering menulis dan menyampaikan ceramah bahasa.

· PROFESOR DR ABDUL HAMID MAHMOOD—juga salah seorang pengarang buku Tatabahasa Dewan. Mantan profesor bahasa UPM ini kini berkhidmat di UPSI dan sering menulis dan menyampaikan ceramah bahasa. Beliau dikenali sebagai seorang profesor yang kuliah atau ceramahnya menghiburkan.

PESERTA SASAR
· Guru
· Pensyarah
· Pegawai penerbitan
· Penolong pegawai penerbitan
· Editor
· Penulis
· Pegawai perancang bahasa
· Pegawai perhubungan awam
· Orang awam
· Semua pihak yang berminat

KADAR BAYARAN
· RM500 sahaja yang meliputi kos untuk penyertaan dalam seminar, tempat seminar, dan makan minum, serta bahan edaran yang akan diberikan kepada peserta.
· Penganjur tidak menyediakan tempat tinggal.


---------------------------------------------

KURSUS MEMAHAMI PENYUNTINGAN
25—28 OGOS 2008, City Bayview Hotel, Langkawi

OBJEKTIF KURSUS
· Untuk membekalkan editor dengan idea dan pemikiran baharu yang berguna dalam pemantapan profesionalisme mereka.
· Untuk membiasakan editor dengan sekitaran industri dan teknologi yang berkait dengan profesionalisme mereka.
· Untuk membantu editor memahami tugas-tugas penerbitan yang lain seperti isu-isu perundangan, pengeluaran, percetakan, dan pemasaran.
· Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman editor tentang isu-isu semasa yang berlaku dalam sekitaran tugas mereka.


KANDUNGAN P R O G R A M
HARI SATU
ü Memahami pelbagai jenis penerbitan
ü Memahami anatomi buku
ü Proses penerbitan
ü Perbincangan projek penerbitan

HARI DUA
ü Memahami binaan medium penerbitan
ü Memahami tugas-tugas editorial
ü Pemerolehan manuskrip
ü Memahami suntingan naskhah
ü Penguasaan bahasa dalam penyuntingan

HARI TIGA
ü Kesalahan laras dalam bahasa
ü Cabaran dalam pemerolehan manuskrip
ü Editor dan perancangan penerbitan
ü Simbol penandaan naskhah dan pruf
ü Latihan penyuntingan naskhah

HARI EMPAT
ü Penyuntingan bahan bukan teks
ü Teknologi dan suntingan naskhah
ü Pembentangan kumpulan

PENCERAMAH

PROFESOR DR AWANG SARIYAN—profesor, ahli dan pejuang bahasa. Beliau pernah mengajar di UKM, UM, UPSI, UIA, UPM, dan kini memegang kursi Pengajian Melayu di Universiti Beijing, China. Mantan Pengarah Jabatan Bahasa DBP ini merupakan pembimbing bengkel atau kursus bahasa yang terkenal.

PROFESOR DR MD SIDIN ISHAK—pakar penulisan dan penerbitan yang sering mengendalikan kursus dalam bidang itu. Pengarang pelbagai buku termasuk Keterampilan Menulis ini merupakan pemegang ijazah PhD pertama di Negara ini dalam bidang penerbitan.

PROFESOR MADYA DR HAMEDI MOHD ADNAN—mengajar penerbitan, pengurusan penerbitan dan penyuntingan lebih 15 tahun di Universiti Malaya. Pengarang buku Memahami Penerbitan Buku dan Memahami Penyuntingan Naskhah, beliau telah mengendalikan lebih 100 bengkel penulisan, penerbitan, pemasaran, dan penyuntingan.

PESERTA SASARAN
· Pensyarah universiti
· Pegawai penerbitan
· Editor
· Pegawai perhubungan awam
· Penolong pegawai penerbitan
· Staf editorial
· Penerbit
· Pembantu penerbitan

KADAR BAYARAN

1. RM1,400 seorang peserta tanpa penginapan
2. RM1,800 seorang peserta bilik berkongsi
3. RM2,300 seorang peserta bilik single

Silalah layari http://www.mediumbooks.net/ untuk makluman lanjut.

H U B U N G I
MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
901A, Kompleks Diamond, Jalan Medan Bangi
43650 Bandar Baru Bangi, SELANGOR
Tel: 03-89259085/013-3077722; Faks: 03-82101355
E-mel: mediumbooks@yahoo.com; Web: www.mediumbooks.net

No comments:

Post a Comment