Wednesday 18 February 2009

Courses offered by Medium Books & Consultancy in March 2009

1. KURSUS PEMANTAPAN BAHASA [EJAAN & KATA] (10-11 Mac 2009) di Pearl Hotel, Kuala Lumpur.
Sebuah bengkel dua hari untuk pegawai dan pembantu tadbir, setiausaha, pensyarah, guru-guru, editor, wartawan, dan kakitangan kerajaan bagi membantu mereka memantapkan keterampilan bahasa masing-masing.
Peserta dibimbing untuk menguasai sistem ejaan dan pembentukan kata serta didedahkan dengan pelbagai kesilapan dalam ejaan dan penggunaan kata. Pembimbing: Prof. Emeritus Dr Nik Safiah Karim dan Prof. Dr Abdul Hamid Mahmood.

2. KURSUS MENULIS SURAT RASMI & MINIT MESYUARAT (12-13 Mac 2009) di Pearl Hotel, Kuala Lumpur.
Sebuah bengkel intensif dua hari untuk pegawai dan pembantu tadbir, setiausaha, pensyarah, dan kakitangan kerajaan bagi membantu mereka memperbaiki kemahiran dalam menulis surat rasmi dan minit mesyuarat.
Peserta dibimbing proses dan prosedur untuk menghasilkan surat rasmi dan minit mesyuarat yang berkesan. Pembimbing: En. Khalid Mazlan daripada Universiti Teknologi Malaysia.


3. KURSUS MEMAHAMI MEMAHAMI PENERBITAN (15-19 Mac 2009) di Avillion Legacy, Melaka.
Sebuah kursus empat hari dan satu hari lawatan industri untuk staf penerbitan, pensyarah, dan pegawai tadbir bagi mendalami pelbagai aspek dalam penerbitan daripada proses penulisan hinggalah penyuntingan, perekaan, percetakan dan penjualan bahan terbitan. Peserta akan diberi bimbingan untuk memahami pelbagai proses dan tugas dalam penerbitan. Pembimbing terdiri daripada ahli akademik dan pengamal industri penerbitan tempatan.


Untuk makluman lanjut, sila layari laman web www.mediumbooks.net untuk memuat turun brosur atau hubungi:

MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY


Tel: 03-8920 2351/013-307 7722

Faks: 03-89202351

E-mel: mediumbooks@yahoo.com

Web: www.mediumbooks.net

No comments: